Sunday, 19 January 2014

KHB Rekacipta Ting 3: Program Ilhamku

"Program Ilhamku" telah dilaksanakan Dalam topik Rekacipta sekadar inginkan idea kreatif pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan penulis. 

Soalan: 
Keluarga Pak Ali ingin melancong Ke Kuala Lumpur Selama Seminggu. Bagaimanakah cara yang terbaik boleh dilakukan untuk membantu keluarga Pak Ali menyiram pokok bunga berpasu sepanjang tempoh percutiannya. 

Ramai pelajar memberikan jawapan yg sudah dijangka: 
1. Minta bantuan jiran
2. Minta bantuan pembantu rumah. 

Seorang pelajar ingin menggunakan robot. Idea yg baik namun tidak mampu membentang dengan baik dan tiada cara pengoperasian. 

Penulis tertarik dengan 2 idea pelajar Ini; 



Pelajar pertama mengilhamkan batang buluh. Dialirkan air ke pasu dan ditebuk lubangnya. Sumber air, dr air hujan yg bertakung di bumbung dan juga Dari tangki. Apa yg melucukan sumber air daripada tangki jiran.. Namun saya menerima jawapan pelajar Ini kerana logik w/pun melucukan.. Agak2 apa ya jawapan pelajar tu?? Hehee ;)

Ilham yg kedua;


Ilham kedua: Ada idea namun untuk pengoperasian produk masih perlukan bantuan jiran. Apa yg menarik pelajar Ini mengaplikasikan penggunaan motor dan juga lari daripada idea biasa rakan2nya apabila projek pelajar Ini separa auto..

Selepas meneliti hasil Ilham pelajar, saya sangat teruja untuk melihat hasil ciptaan mereka untuk topik Rekacipta Ini. 





No comments:

Post a Comment