Monday, 27 January 2014

Tinjauan tapak Lawatan Sc. Pertanian

Panitia SPN SMK Bugaya II mengadakan satu perjumpaan dan perbincangan ringkas dengan Pengurus Ladang dan Kilang sawit di Sagaria Pada 27/1/2014. Lawatan tapak Ini dilaksanakan untuk meninjau Kawasan yg Akan dilawati oleh pelajar Sains Pertanian Smk Bugaya 2 , Semporna Pada 9/1/2014 (Sabtu)


Idea Ini Datang daripada Cg Noraini (tengah) yang Bersemangat ingin membawa pelajar ke Kawasan ladang Sebelum beliau berpindah ke Melaka. 



Di Sini juga terdapatnya sumber mata air panas- Hot Spring, namun atas faktor keselamatan pelajar, kami terpaksa ketepikan dari jadual w/pun pihak ladang bersedia membawa rombongan kami.. 

 Diharapkan perancangan Ini dpt dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah.

"Pertanian adalah Perniagaan" 

Saturday, 25 January 2014

Kejohanan Sepaktakraw MSSD Semporna 2014

Syukur, Kejohanan berlangsung dengan jayanya. Penulis sebagai salah seorang jawatankuasa penganjur berasa lega berakhirnya kejohanan, lebih manis pasukan Sekolah turut menjadi Johan Kategori Lelaki 18 TKB. Tahniah diucapkan kepada semua Peserta dan guru pengiring dpt mengekalkan kejuaraan. 

Perasaan lega ni sekejap ja. Penganjuran peringkat Tenggara Sabah dan juga Peringkat MSS Sabah turut diadakan di Semporna. Jadi hurmm penulis perlu siap Sedia mental dan fizikal. Terpaksa juga mengimbangi P&P di Kelas. Apapun ianya mengujakan penulis apatah lagi mempunyai "team" kerja yang best dan "sporting" .. Sampai sini saja untuk kali Ini.. 
"Sukan untuk Semua, 1murid1sukan" 


Sunday, 19 January 2014

KHB Rekacipta Ting 3: Program Ilhamku

"Program Ilhamku" telah dilaksanakan Dalam topik Rekacipta sekadar inginkan idea kreatif pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan penulis. 

Soalan: 
Keluarga Pak Ali ingin melancong Ke Kuala Lumpur Selama Seminggu. Bagaimanakah cara yang terbaik boleh dilakukan untuk membantu keluarga Pak Ali menyiram pokok bunga berpasu sepanjang tempoh percutiannya. 

Ramai pelajar memberikan jawapan yg sudah dijangka: 
1. Minta bantuan jiran
2. Minta bantuan pembantu rumah. 

Seorang pelajar ingin menggunakan robot. Idea yg baik namun tidak mampu membentang dengan baik dan tiada cara pengoperasian. 

Penulis tertarik dengan 2 idea pelajar Ini; 



Pelajar pertama mengilhamkan batang buluh. Dialirkan air ke pasu dan ditebuk lubangnya. Sumber air, dr air hujan yg bertakung di bumbung dan juga Dari tangki. Apa yg melucukan sumber air daripada tangki jiran.. Namun saya menerima jawapan pelajar Ini kerana logik w/pun melucukan.. Agak2 apa ya jawapan pelajar tu?? Hehee ;)

Ilham yg kedua;


Ilham kedua: Ada idea namun untuk pengoperasian produk masih perlukan bantuan jiran. Apa yg menarik pelajar Ini mengaplikasikan penggunaan motor dan juga lari daripada idea biasa rakan2nya apabila projek pelajar Ini separa auto..

Selepas meneliti hasil Ilham pelajar, saya sangat teruja untuk melihat hasil ciptaan mereka untuk topik Rekacipta Ini. 





Saturday, 18 January 2014

Tarikh-tarikh Penting untuk Lepasan SPM2013

PERHATIAN UNTUK LEPASAN SPM 2013.  Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015
19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar
20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka
20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN
09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara
7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta
14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen
16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran
16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf
29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)
20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA
25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA
22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
03/08/2014 :- Hebahan keputusan Ipta lepasan STPM
09/08/2014 :- Hebahan keputusan ipta lepasan STPM
03/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM svetaraf)
09/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)
28/08/2014 :- Tarikh akhir penghantaran dokumen bgi calon yg ggal STPM setaraf
01/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
02/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
14/09/2014 :- Hebahan keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
20/09/2014 :- Hebahan Keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
17/09/2014 :- Pendaftaran pelajar rayuan ke IPTA lepasan STPM

Juara Merentas Desa

Alhamdulillah, kepenatan terbalas. 
Bermula pd minggu lepas penulis agak kepenatan menyediakan dokumen & mengejar pelajar Bg persediaan Kejohanan merentas Desa Peringkat MSSD Semporna. Malam td 17/1/2014 Penyemakan dokumen pelajar dr jam 8.00mlm Sehingga 10.30 Mlm

Pada 18/1/2014 ( Sabtu) Pemburuan Kejuaraan Bermula. Sedari pukul 6.00 Pagi pelajar di minta berkumpul di Sekolah, Bergerak ke jeti awam Semporna untuk menaiki bot. Pergerakn pelajar diselia sepenuhnya oleh "Boss" Kokum kami, En. Abdul Hussien Hj Omar. 
(Baju merah tu Bos kami) 


Sampai Di jeti Pulau Bumbum, Bas sekolah Sedia menanti

Pelajar membuat Regangan dan persediaan akhir:

8:40 Pagi pelajar dilepaskan secara berperingkat Bermula dengan kategori L18 - L15 - P18 - P15. 
 
Acara Penutupan berlangsung sekitar 10.30 Pagi.. Jom kita lihat Acara penyampai hadiah. Syukur Buat julung2 kalinya Smk Bugaya 2 telah dinobatkan Sebagai Johan Kejohanan merentas Desa MSSD Semporna. Tahniah Buat Semua Peserta dan Guru2 Yg terlibat; 



Keputusan Penuh untuk SMK Bugaya II ;

Berkumpulan;
 Johan Keseluruhan
Johan Kategori Perempuan 15
Johan Kategori Lelaki 15
Johan Kategori Perempuan 18

Individu:
Johan L15
Naib Johan P15
Ketiga L15

semoga Wakil Dari pasukan Bugaya II Akan lebih Cemerlang di KeJohanan Merentas Desa Peringkat Tenggara Sabah nanti. 

"Sukan Untuk Semua, 1 Murid 1 Sukan"



Friday, 10 January 2014

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Alhamdulillah Pada 10/1/2014 satu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Smk Bugaya II telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada Rumah Mat Saleh yg menjadi Johan, di ikuti Rentap, Dato Bahaman dan akhir sekali Rumah Mat Kilau. 


Acara dimulakan dengan senamrobik, taklimat keselamatan dan laluan seterusnya pelajar dilepaskan mengikut kategori. Huh, penulis sedikit geram apabila ditinggalkan oleh rakan yg sepatutnya sama2 naik motor di laluan pelajar.. Hehee.. Tp yang bestnya dpt pula menyambut peserta. Walaupun pelajar kepenatan namun masih lg mampu mengukir senyum dan membuat sorakan Bg Rumah masing2.. 



Ini baru permulaan 2014, masih banyak lagi program siap Sedia di takwim menunggu untuk dilunaskan.. 
Chaiyokk!! ;)

Setakat Ini dulu Buat masa Ini, penulis nak rehat & minum air Asam jawa siket.. He6,  Sakit tekak jerit2 Nama pelajar di skull td .. Adios. 

Tuesday, 7 January 2014

Perjumpaan Perdana Rumah-Rumah Sukan

8 Jan 2014, Rabu, satu perjumpaan rumah2 sukan diadakan buat kali pertama. Pelbagai gelagat guru dan pelajar dapat dilihat. Ada guru yg cukup bersemangat memberikan kata2 dorongan kepada Rumah sukan masing2. 


Semoga anak-anak pelajar Akan berjuang bagi Rumah sukan masing2 dengan penuh semangat kesukanan.
"Sukan Untuk Semua"

PBS KHB Pertanian

2014- Penulis pertama kali mengajar KHB menggunakan PBS sebagai medium PENTAKSIRAN pelajar. Sebelum Ini saya hanya membuat PENILAIAN. Agak berdebar juga namun bersyukur tahun lepas di beri peluang menuntut ILMu PBS  dengan SIFu JUK KHB -Pertanian di Tawau. Sebelum Berkongsi ILMu PBS bersama rakan2 Guru di Semporna. Tahun Ini saya aplikasikan Terus di dalam PdP saya. 

Mudah dan Senang itu yg saya rasai awalnya... Namun apabila evidens disemak baru saya rasai keluahan rakan2 guru. Untuk mengatasi "rasa" Ini, syukur Guru Cemerlang KHB SMK Labuan,Cg Nazrin menghulurkan bantuan. Bergantung kepada kreativiti guru membuat PdP menjadi menarik dan seronok. Bdk2 saya juga bersemangat apabila saya maklumkn semua orang berhak mendapat Band 6.

Walaupun persekolahan 2014 Bermula, namun masih Belum pasti jenis Pentaksiran Berpusat, saya teruskan PdP mengikut perancangan asal. Diharapkan Pihak LPM dan KPM berjaya merencanakan PBS sebaiknya dan guru2 dpt menerima dengan baik sebarang keputusan KPM. 
Apapun Suara Guru Suara Keramat, dengar jualah pandangan kami ;))