Semoga Bos lebih cemerlang di tempat baru & tidak melupakan warga Iskul Kalasahanku. Perjuangan perlu diteruskan!
Thursday, 10 April 2014
PK KoKum Pindah
Majlis ringkas tapi bermakna dianjurkan oleh warga Majlis Sukan Sekolah Pada hari Sabtu bersamaan5/4/2014 bagi meraikan En. Abdul Hussien Hj Omar our PK kokum. Majlis Ini diadakan di Restoran Sri Titingan, Tawau.
Tuesday, 4 March 2014
Sukan Balapan & Padang MSSD Semporna
Smk Bugaya 2, merupakan penyandang Juara Balapan Dan Padang MSSD Pada 2013. Tahun Ini SMK Bugaya II telah dinobatkan sebagai naib Juara dan juga Olahragawati bawah 15 tahun Perempuan. Satu kejayaan yang membanggakan. Walaupun tidak dapat mempertahankan kejuaraan namun semangat melawan para atlet sepanjang kejohanan 26 Feb - 1 Mac 2014sangat membanggakan kami para jurulatih n guru pengiring. Semoga lebih cemerlang di Peringkat Tenggara dan juga Negeri nanti. Bugaya Dua Mantap!!
Sunday, 23 February 2014
Kejohanan Sepak takraw MSS Zon Tenggara Sabah
21-22 Febuari 2014 satu Kejohanan Sepak takraw MSS Peringkat Zon Tenggara Sabah telah diadakan di Semporna. Peh, tak sempat hilang penat bersambung pula dengan Penganjuran Sepak Takraw. Kali Ini SMK Bugaya2 telah diberikan kepercayalah sebagai pengelola...
Keputusan Rasmi
Johan Lelaki 18 = Semporna A
Naib Johan Lelaki 18 = Semporna B
Johan Lelaki 15 = Semporna
Naib Johan Lelaki 15= Tawau
Johan Lelaki 12 = Tawau
Naib Johan Lelaki 12 = Semporna.
Alhamdulillah, pencapaian terbaik Kontinjen Semporna Setakat Ini. Apa yang lebih manis 3 pelajar Bugaya 2 Akan Mewakili Tenggara ke Peringkat Negeri..
Tahniah dan terima kasih Buat semua rakan2 pengelola dan team Semporna.
Anda memang best...
Wednesday, 12 February 2014
Naib Johan Merentas Desa MSS Sabah 2014
Alhamdulillah seorang pelajar SMK Bugaya II Akan Mewakili Negeri Sabah ke Peringkat kebangsaan bagi kejohanan Merentas Desa. Sudah pasti ianya menjadi berita yang menggembirakan Buat semua warga SMK Bugaya 2 amnya dan unit Kokum khas nya.
Muhammad Afiq Bin Mohammad Hadiah
Pelajar tingkatan 3A/2014 Ini sangat istimewa. Tahun lalu, beliau hanya mendapat tempat ke 9 Zon Tenggara dan 29 di Negeri. Berbekalkn semangat untuk berjaya, pelajar Ini kerap berlatih w/pun waktu cuti persekolahan. Syukur tahun Ini, Bermula dengan menjadi Johan Peringkat sekolah, beliau melebarkn sayapnya mendapat Johan MSSD Semporna Sebelum dinobatkan Johan MSS Zon Tenggara Sabah.
Penulis berharap kejayaan yang lebih gemilang di Peringkat Kebangsaan dirangkulnya nanti.
Buktikan anda hebat!!
Tuesday, 11 February 2014
Lawatan ke ladang dan Kilang Sawit Segaria
Pada 9 Feb 2014, pelajar Sc. Pertanian SMK Bugaya II telah melawat ladang dan Kilang Segaria, Semporna.
Pelajar berkumpul di Sekolah seawal 7.00 pagi, tepat pukul 8.00 Pagi kami Bergerak ke Ladang Sagaria. Kami disambut oleh Asst.Manager Tuan Izani dan Tuan Zul. Kami terus diberikan taklimat Sebelum di bawa ke ladang. Pengisian di ladang adalah berkaitan pengurusan perosak bersepadu, kawalan kimia & biologi, peluang2 kerjaya di ladang Serta proses2 yg berlaku di ladang.
Seterusnya kami dibawa ke club house utk makan dan solat Zohor..
Seterusnya pada pukul 2.00 t/hari kami bergerak ke Kilang untuk lawatan ilmiah Seterusnya. Di sini kami disambut oleh Asst. Manager Mill, Tuan Amin.
Alhamdulillah semuanya selamat dan diharapkan para pelajar dapat mengambil Sebanyak mana ILMu yang diberikan sepanjang lawatan Ini. Buat kesemua staff ladang & Kilang Sagaria.. Anda memang terbaik!! Penulis juga terkejut apabila asst. Manager Kilang dan ladang berhasrat untuk terus menerima bacth2 yg Akan datang..
Pendek kata ; Penat Tetapi Puas..
Syukur tepat pukul 5.00 ptg kami Bergerak keluar Dari Kawasan ladang.. Sayonara ")
Wednesday, 5 February 2014
Taklimat lawatan
5/2/2014 satu taklimat lawatan ke Ladang Sagaria dilaksanakan di Bilik ICT Pada pukul 2.00 petang. Kesemua pelajar diberikan maklumat Asas berkaitan ladang kelapa sawit.
Tuesday, 4 February 2014
Johan Merentas Desa MSS Zon Tenggara Sabah
Buat julung2 kalinya Semporna Johan Merentas Desa Zon Tenggara Sabah. Setelah 4 Tahun diamanahkan membawa Kontinjen Semporna, Edisi kali Ini paling Cemerlang. Lebih menggembirakan 5 Pelajar SMK Bugaya II Akan ke Peringkat Negeri MSS Sabah 2014. Semoga Ada wakil Bugaya II Mewakili Sabah kali Ini.
Peserta mula dilepaskan Pada pukul 8.05 Pagi.
Monday, 27 January 2014
Tinjauan tapak Lawatan Sc. Pertanian
Panitia SPN SMK Bugaya II mengadakan satu perjumpaan dan perbincangan ringkas dengan Pengurus Ladang dan Kilang sawit di Sagaria Pada 27/1/2014. Lawatan tapak Ini dilaksanakan untuk meninjau Kawasan yg Akan dilawati oleh pelajar Sains Pertanian Smk Bugaya 2 , Semporna Pada 9/1/2014 (Sabtu)
Di Sini juga terdapatnya sumber mata air panas- Hot Spring, namun atas faktor keselamatan pelajar, kami terpaksa ketepikan dari jadual w/pun pihak ladang bersedia membawa rombongan kami..
Diharapkan perancangan Ini dpt dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah.
"Pertanian adalah Perniagaan"
Saturday, 25 January 2014
Kejohanan Sepaktakraw MSSD Semporna 2014
Syukur, Kejohanan berlangsung dengan jayanya. Penulis sebagai salah seorang jawatankuasa penganjur berasa lega berakhirnya kejohanan, lebih manis pasukan Sekolah turut menjadi Johan Kategori Lelaki 18 TKB. Tahniah diucapkan kepada semua Peserta dan guru pengiring dpt mengekalkan kejuaraan.
Perasaan lega ni sekejap ja. Penganjuran peringkat Tenggara Sabah dan juga Peringkat MSS Sabah turut diadakan di Semporna. Jadi hurmm penulis perlu siap Sedia mental dan fizikal. Terpaksa juga mengimbangi P&P di Kelas. Apapun ianya mengujakan penulis apatah lagi mempunyai "team" kerja yang best dan "sporting" .. Sampai sini saja untuk kali Ini..
"Sukan untuk Semua, 1murid1sukan"
Sunday, 19 January 2014
KHB Rekacipta Ting 3: Program Ilhamku
"Program Ilhamku" telah dilaksanakan Dalam topik Rekacipta sekadar inginkan idea kreatif pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan penulis.
Ilham yg kedua;
Soalan:
Keluarga Pak Ali ingin melancong Ke Kuala Lumpur Selama Seminggu. Bagaimanakah cara yang terbaik boleh dilakukan untuk membantu keluarga Pak Ali menyiram pokok bunga berpasu sepanjang tempoh percutiannya.
Ramai pelajar memberikan jawapan yg sudah dijangka:
1. Minta bantuan jiran
2. Minta bantuan pembantu rumah.
Seorang pelajar ingin menggunakan robot. Idea yg baik namun tidak mampu membentang dengan baik dan tiada cara pengoperasian.
Penulis tertarik dengan 2 idea pelajar Ini;
Pelajar pertama mengilhamkan batang buluh. Dialirkan air ke pasu dan ditebuk lubangnya. Sumber air, dr air hujan yg bertakung di bumbung dan juga Dari tangki. Apa yg melucukan sumber air daripada tangki jiran.. Namun saya menerima jawapan pelajar Ini kerana logik w/pun melucukan.. Agak2 apa ya jawapan pelajar tu?? Hehee ;)
Ilham kedua: Ada idea namun untuk pengoperasian produk masih perlukan bantuan jiran. Apa yg menarik pelajar Ini mengaplikasikan penggunaan motor dan juga lari daripada idea biasa rakan2nya apabila projek pelajar Ini separa auto..
Selepas meneliti hasil Ilham pelajar, saya sangat teruja untuk melihat hasil ciptaan mereka untuk topik Rekacipta Ini.
Saturday, 18 January 2014
Tarikh-tarikh Penting untuk Lepasan SPM2013
PERHATIAN UNTUK LEPASAN SPM 2013. Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015
19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar
20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka
20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN
09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara
7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta
14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen
16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran
16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf
29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)
20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA
25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA
22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
03/08/2014 :- Hebahan keputusan Ipta lepasan STPM
09/08/2014 :- Hebahan keputusan ipta lepasan STPM
03/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM svetaraf)
09/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)
28/08/2014 :- Tarikh akhir penghantaran dokumen bgi calon yg ggal STPM setaraf
01/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
02/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
14/09/2014 :- Hebahan keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
20/09/2014 :- Hebahan Keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
17/09/2014 :- Pendaftaran pelajar rayuan ke IPTA lepasan STPM
Juara Merentas Desa
Alhamdulillah, kepenatan terbalas.
Bermula pd minggu lepas penulis agak kepenatan menyediakan dokumen & mengejar pelajar Bg persediaan Kejohanan merentas Desa Peringkat MSSD Semporna. Malam td 17/1/2014 Penyemakan dokumen pelajar dr jam 8.00mlm Sehingga 10.30 Mlm
Pada 18/1/2014 ( Sabtu) Pemburuan Kejuaraan Bermula. Sedari pukul 6.00 Pagi pelajar di minta berkumpul di Sekolah, Bergerak ke jeti awam Semporna untuk menaiki bot. Pergerakn pelajar diselia sepenuhnya oleh "Boss" Kokum kami, En. Abdul Hussien Hj Omar.
Pelajar membuat Regangan dan persediaan akhir:8:40 Pagi pelajar dilepaskan secara berperingkat Bermula dengan kategori L18 - L15 - P18 - P15.
Acara Penutupan berlangsung sekitar 10.30 Pagi.. Jom kita lihat Acara penyampai hadiah. Syukur Buat julung2 kalinya Smk Bugaya 2 telah dinobatkan Sebagai Johan Kejohanan merentas Desa MSSD Semporna. Tahniah Buat Semua Peserta dan Guru2 Yg terlibat;
Berkumpulan;
Johan Keseluruhan
Johan Kategori Perempuan 15
Johan Kategori Lelaki 15
Johan Kategori Perempuan 18
Individu:
Johan L15
Naib Johan P15
Ketiga L15
semoga Wakil Dari pasukan Bugaya II Akan lebih Cemerlang di KeJohanan Merentas Desa Peringkat Tenggara Sabah nanti.
"Sukan Untuk Semua, 1 Murid 1 Sukan"
Friday, 10 January 2014
Merentas Desa Peringkat Sekolah
Alhamdulillah Pada 10/1/2014 satu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Smk Bugaya II telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada Rumah Mat Saleh yg menjadi Johan, di ikuti Rentap, Dato Bahaman dan akhir sekali Rumah Mat Kilau.
Acara dimulakan dengan senamrobik, taklimat keselamatan dan laluan seterusnya pelajar dilepaskan mengikut kategori. Huh, penulis sedikit geram apabila ditinggalkan oleh rakan yg sepatutnya sama2 naik motor di laluan pelajar.. Hehee.. Tp yang bestnya dpt pula menyambut peserta. Walaupun pelajar kepenatan namun masih lg mampu mengukir senyum dan membuat sorakan Bg Rumah masing2..
Ini baru permulaan 2014, masih banyak lagi program siap Sedia di takwim menunggu untuk dilunaskan..
Chaiyokk!! ;)
Setakat Ini dulu Buat masa Ini, penulis nak rehat & minum air Asam jawa siket.. He6, Sakit tekak jerit2 Nama pelajar di skull td .. Adios.
Subscribe to:
Comments (Atom)

















































