Sunday, 23 February 2014

Kejohanan Sepak takraw MSS Zon Tenggara Sabah

21-22 Febuari 2014 satu Kejohanan Sepak takraw MSS Peringkat Zon Tenggara Sabah telah diadakan di Semporna. Peh, tak sempat hilang penat bersambung pula dengan Penganjuran Sepak Takraw. Kali Ini SMK Bugaya2 telah diberikan kepercayalah sebagai pengelola... 




Keputusan Rasmi
Johan Lelaki 18 = Semporna A
Naib Johan Lelaki 18 = Semporna B
Johan Lelaki 15 = Semporna
Naib Johan Lelaki 15= Tawau
Johan Lelaki 12 = Tawau
Naib Johan Lelaki 12 = Semporna. 

Alhamdulillah, pencapaian terbaik Kontinjen Semporna Setakat Ini. Apa yang lebih manis 3 pelajar Bugaya 2 Akan Mewakili Tenggara ke Peringkat Negeri.. 

Tahniah dan terima kasih Buat semua rakan2 pengelola dan team Semporna. 

Anda memang best... 





Wednesday, 12 February 2014

Naib Johan Merentas Desa MSS Sabah 2014

Alhamdulillah seorang pelajar SMK Bugaya II Akan Mewakili Negeri Sabah ke Peringkat kebangsaan bagi kejohanan Merentas Desa.  Sudah pasti ianya menjadi berita yang menggembirakan Buat semua warga SMK Bugaya 2 amnya dan unit Kokum khas nya.

Muhammad Afiq Bin Mohammad Hadiah

Pelajar tingkatan 3A/2014 Ini sangat istimewa. Tahun lalu, beliau hanya mendapat tempat ke 9 Zon Tenggara dan 29 di Negeri. Berbekalkn semangat untuk berjaya, pelajar Ini kerap berlatih w/pun waktu cuti persekolahan. Syukur tahun Ini, Bermula dengan menjadi Johan Peringkat sekolah, beliau melebarkn sayapnya mendapat Johan MSSD Semporna Sebelum dinobatkan Johan MSS Zon Tenggara Sabah. 

Penulis berharap kejayaan yang lebih gemilang di Peringkat Kebangsaan dirangkulnya nanti.

 Buktikan anda hebat!!

Tuesday, 11 February 2014

Lawatan ke ladang dan Kilang Sawit Segaria

Pada  9 Feb 2014, pelajar Sc. Pertanian SMK Bugaya II telah melawat ladang dan Kilang Segaria, Semporna. 
Pelajar berkumpul di Sekolah seawal 7.00 pagi, tepat pukul 8.00 Pagi kami Bergerak ke Ladang Sagaria. Kami disambut oleh Asst.Manager Tuan Izani dan Tuan Zul. Kami terus diberikan taklimat Sebelum di bawa ke ladang. Pengisian di ladang adalah berkaitan pengurusan perosak bersepadu, kawalan kimia & biologi, peluang2 kerjaya di ladang Serta proses2 yg berlaku di ladang. 






Seterusnya kami dibawa ke club house utk makan dan solat Zohor.. 



Seterusnya pada pukul 2.00 t/hari kami bergerak ke Kilang untuk lawatan ilmiah Seterusnya. Di sini kami disambut oleh Asst. Manager Mill, Tuan Amin. 





Agak penat melawat sekitar Kilang yang panas dan bising, namun semestinya menjadi ingatan Serta kenangan yg cukup istimewa.. Bkn sahaja kepada pelajar tetapi juga Buat guru2 yang terlibat.. Akhirnya kami kembali ke Pejabat Kilang untuk sesi terakhir Sebelum berangkat pulang. 


Alhamdulillah semuanya selamat dan diharapkan para pelajar dapat mengambil Sebanyak mana ILMu yang diberikan sepanjang lawatan Ini. Buat kesemua staff ladang & Kilang Sagaria.. Anda memang terbaik!! Penulis juga terkejut apabila asst. Manager Kilang dan ladang berhasrat untuk terus menerima bacth2 yg Akan datang.. 

Pendek kata ; Penat Tetapi Puas..

 Syukur tepat pukul 5.00 ptg kami Bergerak keluar Dari Kawasan ladang.. Sayonara ")











Wednesday, 5 February 2014

Taklimat lawatan

5/2/2014 satu taklimat lawatan ke Ladang Sagaria dilaksanakan di Bilik ICT Pada pukul 2.00 petang. Kesemua pelajar diberikan maklumat Asas berkaitan ladang kelapa sawit. 


Persediaan, tentatif, kaedah komunikasi Serta bentuk pelaporan yang perlu dibuat didedahkan kepada semua peserta. 

Tuesday, 4 February 2014

Johan Merentas Desa MSS Zon Tenggara Sabah



Alhamdulillah..
Buat julung2 kalinya Semporna Johan Merentas Desa Zon Tenggara Sabah. Setelah 4 Tahun diamanahkan membawa Kontinjen Semporna, Edisi kali Ini paling Cemerlang. Lebih menggembirakan 5 Pelajar SMK Bugaya II Akan ke Peringkat Negeri MSS Sabah 2014. Semoga Ada wakil Bugaya II Mewakili Sabah kali Ini. 
Peserta mula dilepaskan Pada pukul 8.05 Pagi. 

Kanan: Afiq Hadiah, Johan L15 TKB 

9 pelajar SMK Bugaya II yang Mewakili Semporna dan 5 pelajar terpilih ke Peringkat Negeri.

Terima kasih Buat Kontinjen Tawau, Kunak dan Lahad Datu yang menyertai Kejohanan kali Ini. Semoga Kontinjen Tenggara Cemerlang di Negeri!!