Tuesday, 31 December 2013

Mesyuarat Kali Pertama Staff untuk Sesi 2014

31 Dis 2013 bersamaan Hari Selasa mesyuarat Pengurusan Staf telah diadakan. Setiap guru Pastinya tertunggu2 tugasan rasmi 2014. Biasalah bebanan tugas Pastinya hadir namun harus diingat, Ini kerjaya yg kita pilih.. Laksanakan dengan istiqamah & ikhlas. Keseronokan kerja seharusnya muncul.. 

Guru umpama pohon yang rendang, lebat buahnya, silara padat untuk teduhan, ranting dan dahan tempat persinggahan, akar yg kuat pasak bumi.
Inilah Kami Guru, Cikgu, sifu atau apa jua gelaran. Tugas kami cuma satu, memastikan keberhasilan murid untuk setiap ringgit yg dilabur.  



Monday, 30 December 2013

Taman Mini Ekspres.

Hari pertama ke Sekolah sempat juga membuat taman mini ringkas. Terima kasih Buat 2 orang pelajar yg membantu. Pokok2 bunga Ini ditanam Pada sesi persekolahan yang lepas... Jadi kali Ini saya dtg dan camtumkan sahaja mengikut citarasa walaupun bilangan pokok yang terhad itu tidak bermakna kita tidak boleh mengindahkn laman.

 
 

Apapun, tema dan formasi landskap perlu kita ikuti. Pokok Tinggi dan ingin dijadikan titik tumpu diletakkan ditengah supaya nampak jelas Dari arah yang ingin  dilihat. Sementara pokok rendah perlulah ditanam/diletakkan sekeliling pokok Tinggi. Akhir sekali tambahkan batu sungai warna hitam dan putih bagi mencantikkan lagi dan tampak semula jadi. Bg anda yang mempunyai pokok bunga yg banyak dan pelbagai saiz bolehlh digubah dengan lebih cantik.. Rimbunkan taman anda. 
 

Letakkan pagar putih sebagai pelengkap dan terhasilah taman mini ringkas. Usah risau tentang masa cuma 10-15 minit sahaja diperlukan. InsyaAllah pada tulisan saya Akan Datang sy kongsikan kaedah pemasuan menggunakan nisbah 3:2:1 yg dibuat sendiri oleh pelajar saya. 

Sunday, 29 December 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Beijing China

"Jauh berjalan luas pandangan"
Perjalanan terasa begitu pantas apabila berada di negara orang. Pada 15-20 Disember 2013, saya berkesempatan mengikuti rombongan Pensyarah IPG Darul Aman ke Beijing-Pusat Pentadbiran/politik China. Antara tempat yang dilawati:
 
  

Suhu yg rendah dan dibawah paras beku memerlukan persiapan yg baik Bg melindungi diri anda daripada himpitan iklim di musim Sejuk. 

Tips Jika ke Beijing;
1. Usah terpengaruh dengan "mulut manis" perniaga. 
2. Rancang perbelanjaan anda sedari Malaysia. Apa yg ingin dibeli. Pastikan anda pandai tawar-menawar. Dapatkan harga terbaik. 
3. Penipuan banyak berlaku terutamanya apabila mengembalikan baki/pengiraan harga barangan. Beware anda mungkin tertipu. Pengalaman sendiri, syukur saya bertegas mahukan baki wang. 
4. Mutiara asli/Jed .. Hurmm no komen. Anda boleh bc di blog2 lain berkaitan isu Ini. Banyak kan bacaan dan dapatkan info berkaitan tempat yg ingin dilawati.  Saranan saya "Jangan Terpengaruh dengan diskaun yg diberikan" Datang lah ke Semporna. saya boleh bantu anda dapatkan Mutiara Asli Sabah. 

Taman Pertanian Tenom

Pada 25 Dis 2013, saya mengunjungi taman Pertanian Sabah yg terletak di Tenom. Kehadiran saya adalah untuk tinjaun dan membuat persediaan untuk p&p 2014 subjek sains Pertanian.  Pelbagai taman dan tanaman Indah menghiasi laman. Kepada pencinta  keindahan alam bolehlh mengunjungi tempat Ini. Pastinya anda puas hati.          
                          
 
 
 
 
 

Saturday, 21 December 2013

Keputusan PMR-KHB (Pertanian)

PMR telah diumumkan keputusanya Pada 19-12-2013 (Khamis)
Sedikit terkilan apabila bilangan A berkurang berbanding 2011&2012.
Namun, penulis sedikit Lega GPMP dan % kelulusan KHB Pertanian meningkat. 
Rekod Bil A paling ramai 2012 tetap kebal apabila 34 pelajar mendapat A
Rekod Kelulusan 100% kekal dipegang calon KHB-Pertanian PMR 2011.
Tahun ini(2013) hanya 27 org A dan peratus kelulusan 98.6%. Tahniah untuk para pelajar SMK Bugaya II, Semporna, Sabah. Kalian Tetap Hebat. 
Analisis lengkap Akan saya kongsikn setelah kembali ke Sekolah. 
Bedah siasat dan pelaporan penurunan bil A Akan dibuat dlm masa tersekat.

"Selamat tinggal PMR, Selamat datang PBSMR !!!"

Permulaan cakna kehidupan

Dulu pernah ber"blog"..
Dulu pernah melakar kata ..
Dulu kandas.. Dulu ku tewas...
Kini aq kembali.. Cuba menghiasi corak dan warna kehidupan
Biar terus subur.. Mekar dan harumnya dirasa insan lain.

Satu ja nak cakap:
"Hey, I'm back". Hahaaha
Berkongsi pengalaman dan diari kehidupan sebagai seorang Pendidik.